07 March 2011

Novel Paling Besttt...aku baca..!! Seyes



tempat pertama dalam banyak-banyak novel cinta aku baca..aku paling suka yang niee...


                                                         * credit bravo tok penulis nie
                                                                    ~Herna Diana~
Sinopsis CeR....CRITA

‘SKETSA Perang’ di pertengahan jalan menjadi detik pertemuan pertama antara Minah Sewel dan Mamat Tiga Suku. Sejak itu, pertemuan demi pertemuan tercipta. Anehnya, setiap pertemuan dihiasi insiden perlanggaran.

Iman – gadis comel yang nakal dan berperwatakan kasar atas dasar mahu melindungi diri lantaran pengalaman masa silam. Kehilangan abah tersayang menjadikan dia sebatang kara. Kebencian si ibu tiri menambah lara hidupnya lantas dia membawa diri ke kota. Kehadiran Suhaila dan Razif secara tidak dirancang membolehkan dia menumpang kasih dan sayang.

Arie – pertemuannya dengan Iman menghadirkan seorang musuh dalam hidupnya. Si Minah Sewel! Sikap kasar dan mulut celopar gadis itu menimbulkan kejengkelan di hatinya. Tidak seperti kekasihnya yang manja dan pandai menggoda.

Iman dan Arie tidak sehaluan. Seorang ke simpang kiri, seorang lagi ke selekoh kanan. Tetapi, haluan berbeza itu membawa mereka ke satu jalan lurus bernama keserasian. Namun tiada seorang pun menduga lorong yang sedang mereka lalui itu rupa-rupanya penuh dengan onak dan duri.


(p/s: Aku suka novel nie sebab ada sangkut2 gn secret admire aku..nama nye arie @ Azri)




Harga murah jer.. RM 19.90
* Ringgit Malaysia okey..not USD...so affordable to buy guys..!!




Tempat kedua....Pemenang nye adalah....


 * credit bravo tok penulis nie 
     ~Ramlee Awang Murshid~
Sinopsis nye adalah:

RAHSIA susur galur Aiddin sengaja dirahsiakan oleh ayahnya, Ibrahim. Justeru... dia memiliki sebuah keluarga yang bahagia. Bagaimanapun kehidupan manusianya yang gembira dan ceria, tercalar apabila disahkan menghidap barah otak tahap empat. Doktor meramalkan Aiddin hanya mampu hidup dalam tempoh yang sangat singkat. Jiwanya terganggu dan sejak itu, Aiddin suka bersendirian.

Aiddin yang berduka cita ditenteramkan oleh tunangnya, Feena yang berjanji akan setia pada ikatan cinta mereka. Impian terakhir sebelum kematian meragut kehidupannya adalah untuk mendaki Gunung Kinabalu. Impian itu terlaksana, tetapi Aiddin hilang di kawasan hutan pergunungan. Selepas lima tahun berlalu, Aiddin muncul semula di kawasan tersebut. Sejak itu, beberapa siri pembunuhan ngeri berlaku. Manakala Aiddin sendiri sering mendengar bisikan suara perempuan.






Tempat ketiga..jatuh kepada novel
P/s: Novel nie yang paling aku sayang...Aku sukar tagline die " Rahsia di hati tak siapa yang tahu"
kalu nk kena la cari kunci nyeee....soooo sweeeettt~


* credit bravo tok penulis nie
Aisya Sofea


Pertama kali bertemu Nurul Umairah, hati Ahmad Fuad sudah terpaut. Biarpun gadis itu sudah dimiliki, namun perasaannya tidak pernah berubah walaupun terpaksa menyembunyikan rahsia hatinya dalam-dalam.

Bila Jefri, tunang Nurul terkorban dalam kemalangan, Fuad menawarkan kasihnya. Nurul menolak kerana tidak mungkin dia mengalih perasaan pada lelaki lain dalam sekelip mata sahaja. Kebijaksanaan Fuad akhirnya meruntun tembok yang dibina Nurul. Dia akhirnya menerima Fuad tanpa mengetahui rupa-rupanya ada gadis lain sedang menagih kasih lelaki itu semula.

Apakah Fuad akan menyambung semula kasihnya bersama gadis yang tiba-tiba muncul kembali di antara mereka? Mampukah Nurul Umairah sekali lagi kecewa biarpun lelaki itulah yang memulakan percintaan mereka.

p/s: Tagline tu aku bagi dkt seseorang,,tupp menjadii..hahaha




memandangkan my mummy suka tanam Orked, aku beli kan buku nie khas tok die...start dpt buku nie semangat terus,, smpai bersusah payah buat rumah orked di rumah,,cantik sgt...! mum..ur hand menjadi la,,orked cantik sgt..t chekk beli lagi k bunga orked..at Padang Besar, PERLIS (p/s: beli di tmpt nie taww..coz murah sgt2..n that flower looking nice n unique)
* credit to my MUM..chantekk orked di umah kita*


aku berkecimpung baca novel nie d zaman dahulu kala..start zaman dinasti cite Hantu Purdah yang popular dulu2... kalu korang masih ingat jommm kite share ramai2 crite die..

oh..lupa mcm ne aku boleh tau suma novel nie..senang saja,, anda click d cnie yer dan anda sumerr akan dapat info semudah 1,2,3 A,B,C....cuma pastikan umah anda ada internet axcess yer..xde,,langgan la d TM Point..(x pon melalui saya..coz..saye keje di TM..hahahaha)

No comments: